Tadika English Islamic

Genius Solihin

Memperkenalkan kepada ibu bapa, Tadika yang fokus terhadap subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam untuk anak-anak yang berumur 3 sehingga 6 tahun.

Kami akan menaik taraf anak anda supaya menguasainya dalam masa 1 tahun.

Kami yakin silibus dan sistem kami boleh membantu anda. In Shaa Allah.

Daftar SekarangHubungi Kami

Kelebihan Untuk Anda

Fokus Kami

 

Silibus Terkini

Kami melatih guru-guru kami supaya sesuai dengan silibus pembelajaran terkini untuk memastikan anak-anak anda sentiasa belajar silibus yang berkesan dan efektif.

Pandai Membaca & Menulis

Anak-anak mesti pandai membaca atau mereka akan dimasukkan ke kelas linus seperti kelas pemulihan.

Sekurangnya mereka mengenal huruf dan membaca dua suku kata seperti “buku” , “mana” , “buka”, “sana”

Ibubapa pasti bangga apabila anak mereka berusia 5 tahun sudah boleh membaca papan tanda di jalanraya.

Manakala boleh menulis adalah WAJIB sebelum mereka melangkah ke sekolah rendah dan agama nanti.

Di Genius Solihin kami mengasah motor halus terlebih dahulu sebelum mereka diajar memegang pensel. Beri mereka meramas pasir dan beras serta bermain air dan mewarna juga adalah salah 1 teknik yang kami gunakan.

Menguasai Bahasa Inggeris & Arab

Pada zaman sekarang, menguasai English dan teknologi menjadi kemestian sejajar perkembangan teknologi terkini.

Adalah menjadi kewajipan umat Islam kuasai Bahasa Al Quran iaitu Bahasa Arab supaya dapat lebih menghayati maksud sebenar.

Di Genius Solihin, kami mengajar kedua-duanya walaupun ianya hanya asas komunikasi, penulisan dan teknik membaca, namun ia berkesan untuk menaik taraf mereka berbanding dengan anak-anak lain.

Mahir Jawi, Surah Al Quran & Doa Masnun

Dengan menguasai tulisan jawi, mudah untuk ibubapa yang mensasarkan anak mereka untuk melangkah ke sekolah rendah agama dan seterusnya belajar peringkat tinggi di luar negara.

Di Genius Solihin menerapkan tulisan jawi, bacaan surah dan doa-doa harian kepada anak-anak. Kemahiran surah-surah asas ini membolehkan mereka menghafaz dengan mudah.

Program Adab & Akhlak Berasaskan Islam

Perkara asas yang utama ada pada seorang anak ialah berjaya menjaga adab ketika bersama ibubapa.
Menerapkan adab dan akhlak yang ada dalam Islam itu sendiri, membolehkan anak tersebut menghormati ibubapa dan sopan serta boleh berdikari, contoh mandi, makan sendiri, memakai pakaian sendiri, menyelesaikan masalah sendiri tanpa pertolongan daripada ibubapa.

genius solihin image

Apa kata pengerusi

Luangkan masa anda sebentar untuk menonton video oleh Pengerusi Genius Solihin. Beliau menceritakan secara ringkas kelebihan-kelebihan tadika kami. Selamat menonton.

Pengerusi Genius Solihin

Ustaz Mohd Azrul Hafizi bin Akashah

Mari Berkenalan Dengan Beliau

Nama panggilannya Ustaz Azrul iaitu anak kepada pasangan Akashah bin Ismail dan Hayati Abd. Manap telah mengambil keputusan untuk membuka sebuah tadika yang berkonsepkan pendidikan secara islamik.

Ustaz Azrul yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana (Master) dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebelum ini bekerja sebagai seorang pensyarah sepenuh masa di sebuah kolej swasta dan separuh masa di UiTM Puncak Alam.

Namun begitu, beliau mengambil keputusan untuk berhenti mengajar secara sepenuh masa di kolej dan mengambil keputusan untuk membuka pusat didikannya sendiri, walaupun masih mempunyai tugasan mengajar di UiTM secara separuh masa.

Tetapi di tadika berbeza, kerana beliau akan berhadapan dengan kanak-kanak yang berusia 3 sehingga 6 tahun berbanding di kolej dan universiti, pelajar-pelajar sekitar umur 18 tahun sehingga 40 tahun.

Namun begitu, beliau menyahut cabaran baru ini dan belajar sedikit demi sedikit untuk menghadapi cabaran besar ini.

Lokasi:
Dataran Selayang
Cawangan : Sentul & Kepong

Telefon: (011) 5677-8232

Email: geniussolihin@yahoo.com

Masa: 7:30am – 6:00pm

Didik Anak Cara Rasulullah SAW

Ingin tonton video live forum Didik Anak Cara Rasulullah SAW oleh Pengerusi Genius Solihin bersama Ustaz Don Daniyal. Video ini lama berdurasi 1 jam 24 minit. Jika ada masa, anda digalakkan menonton atau tangguh kemudian.

Apa yang anda akan tahu jika dapat menonton forum ini ialah :

1. Apa kata doktor pakar yang bekerjasama dengan rancangan animasi Omar & Hana.

2. Bagaimana atasi masalah gajet terhadap anak-anak, caranya memang mudah untuk dilaksanakan.

3. Jangan marah anak, kenapa?

Kenalah tonton, berikan masa sikit.

 

Tadika

English

Islamic

Misi & Visi Genius Solihin

Misi

Melahirkan anak-anak Muslim dengan Bijaksana dan Soleh yang Berpandukan alQuran dan Sunnah sebagai rujukan dengan menerapkan Islam serta Teknologi Moden untuk menguasai Membaca, Mengira, Menulis dan Menaakul dengan sempurna.

Visi

Memastikan setiap anak-anak yang tamat bersama tadika Genius Solihin depat menguasai Iman, Islam dan Akhlak serta dapat meneruskan kehidupan dengan berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat dengan mengamalkan Surah, Doa-doa Harian dan Sunnah Rasulullah SAW.

Anak

Genius

Solihin

Berbanding Tadika lain

Anak Saya Sudah Boleh Membaca Sekarang

” Sebelum ini saya hantar 2 orang anak saya di tadika lain selama 2 tahun, masih belum pandai membaca & menulis. Bila isteri dapat tahu Tadika Genius Solihin berada berhampiran rumah, kami hantar  mereka ke tadika ini. Nampak banyak perubahan terutama sudah boleh baca surah alFatihah sehingga habis dan boleh solat, bagi saya ‘Perfect’ lah dan kini setelah setahun mereka sudah pandai membaca dan menulis. bebanding tadika dulu mungkin 6 atau 7 bintang, Saya berikan 10/10 bintang untuk Tadika Genius Solihin “

– Encik Mohd Faizal

Bapa Qhalisha (6tahun) & Malaikha (4 tahun)

Penafian : Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Hasil setiap pelajar adalah berbeza.

Fikirkan Sejenak

Anda Tidak Menguasai Bahasa Inggeris?

Jangan biarkan anak anda juga begitu. Beri kami peluang membantu anak anda supaya mereka boleh berbahasa inggeris. Mudah lagi melentur buluh dari rebungnya, mengikut kata pepatah melayu.

Ini adalah hak mereka yang anda perlu tunaikan. Anda sendiri tahu bahawa bagaimana susah apabila tidak boleh bertutur dalam bahasa inggeris.

Anda Tak Pandai Mengajar Pendidik Islam?

Mengikut kajian kami, ramai ibu bapa tidak pandai mengajar anak mereka pendidikan Islam. Bukan tidak tahu tetapi tidak pandai mengajar kerana risau salah dan tidak mahir.

Sekarang anda boleh berasa lega dan serahkan kepada pakar yang telah terbukti berjaya melahirkan anak-anak yang pandai mengaji, solat dan membentuk mereka dengan budaya kehidupan sebagai seorang beragama Islam.

 

Antara aktiviti tadika

Anak Anda Pasti Seronok Dengan Aktiviti Yang Diaturkan

Boleh Membaca Cepat

Mereka akan diajar membaca mengunakan teknik yang paling cepat supaya mereka bijak.

Teori & Praktikal Solat

Mereka bukan setakat diajar secara teori malah mereka akan mempraktikan solat dengan baik.

Menunggang Kuda

Membiasakan mereka dengan perkara baru dan mencintai haiwan disamping mengatasi masalah takut.

Teknik Pengiraan Genius

Mereka akan dilatih agar pandai mengira dan selesaikan masalah matematik mudah.

Seni Bela Diri

Bukan setakat belajar, mereka juga akan dilatih untuk belajar seni bela diri menjadikan mereka lebih berani.

Pendidikan Seni

Mempraktikkan mereka dengan pendidik seni untuk mengembangkan lagi potensi mereka.

Tadika Kami

Fasiliti dan Organisasi

Kami menyediakan fasiliti yang lengkap dan selesa untuk anak-anak anda. Kami sentiasa memastikan persekitaran Tadika sentiasa dalam keadaan bersih dan baik. Malah kami telah bersedia dengan alternatif untuk anak anda jika berlaku perintah PKP supaya masih boleh belajar walaupun berada di rumah.

Tadika Islamik No 1

Tadika Islamik No 1 pilihan ibubapa. Genius Solihin yang mula ditubuhkan secara rasmi pada 2017, menyerapkan pendidikan berteraskan Islamik dengan mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.

Teknik LUAR BIASA

Genius Solihin mempunyai teknik LUAR BIASA yang memaksimumkan potensi anak-anak dari setiap sudut.

Percaya, tiada anak yang bodoh, Genius Solihin pasti akan mencari kelebihan anak tersebut dan mengeluarkan potensi dan kelebihan anak-anak supaya kelemahan diri tersorok.

Tamat sahaja 6 tahun di Genius Solihin, dengan izin Allah, anak anda pasti boleh mengenal huruf dan membaca buku cerita, sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kuasai kedua-duanya. Mengenal huruf hijaiyyah dan boleh membaca ayat-ayat Al Quran selepas tamatnya Al Furqan.

Tidak Bosan

Teknik yang menarik dan tidak membosankan, menarik minat anak anda untuk mempelajari teknik mengira dengan pantas dan mencongak.

Aktiviti-aktiviti dalaman dan luaran seperti Hari Membaca, Parenting Day, Sambutan Hari Jadi, Rumah Terbuka Hari Raya, Sambutan Kemerdekaan, Lawatan Sambil Belajar, Perjumpaan bersama Ibubapa, Sukaneka Tahunan, Haji Cilik, Majlis Apresiasi dan banyak lagi!

Bermula Sejak Tahun 1999

Genius Solihin sebelum ini pernah ada cawangan di sekitar Selangor bermula lebih kurang tahun 1999, dengan pelbagai nama seperti Tadika Pintar Gemilang, Tadika Pintar Islam, Tadika Aman Gemilang dan banyak lagi. Kini bersatu di bawah satu bumbung bernama Genius Solihin.

Kelas Berhawa Dingin

Genius Solihin memberikan perkhidmatan yang selesa untuk anak-anak kita dengan harga mampu milik. Kelas berhawa dingin dan pembelajaran ala-ala Universiti dengan guru-guru berkelulusan paling tinggi iaitu Master(Ijazah Sarjana).

Premis Dilengkapi CCTV

Fasiliti ini penting seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

i

Testimoni

Saksikan Sendiri

Penafian : Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Hasil setiap pelajar adalah berbeza.

l

Yuran

Mari Sertai Kami

Kami menyediakan pakej yang berbaloi untuk anda.

Ini Masa Yang Tinggal

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Daftar Sekarang!

Tempat Terhad!

Bertindak Sekarang Sebelum Terlambat..!

Daftar Hari Ini dan Dapatkan Beg Smiggle Percuma HABIS

Esok Mungkin Tiada Lagi!

Daftar Dulu, Dapatkan Tempat

Kami akan hubungi anda kemudian.

 

Tempat Yang Tinggal

Dari 60 Tempat

Pelajar

Orang Guru Mengajar

Kampus

Tahun Beroperasi

Ada Soalan Lain?

Alamat: HQ, 19-2 Jln Dataran Selayang 1, Dataran Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

Telefon: (011) 5677-8231

Email: geniussolihin@yahoo.com

Masa: 7:00am - 6:00pm