Genius Solihin

Tentang Kami

Assalamualaikum warahmatullah.

Genius Solihin adalah Tadika berasaskan Pembelajaran Islamik Praktikal yang ditubuhkan pada Januari 2016 dan mula beroperasi di Dataran Selayang 1, Selangor.

Genius Solihin atau dipanggil GS oleh ibubapa adalah tadika yang berteraskan pendidikan moden ke arah Islamik kerana terdapat banyak permintaan daripada ibu bapa pada masa kini, serta ia menjadi trend pada era kini, kerana kebanyakan daripada ibubapa sudah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan didikan agama kepada anak-anak mereka.

Hubungi Kami
Disebalik Tabir

Siapa kami?

Tadika Islamik No 1 pilihan ibubapa. Genius Solihin yang mula ditubuhkan secara RASMI pada 2017, menyerapkan pendidikan berteraskan Islamik dengan mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. Luar biasa, tamat sahaja 6 tahun di Genius Solihin, dengan izin Allah, anak anda pasti boleh mengenal huruf dan membaca buku cerita, sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kuasai kedua-duanya.

Mengenal huruf hijaiyyah dan boleh membaca ayat-ayat Al Quran selepas tamatnya Al Furqan. Aktiviti-aktiviti dalaman dan luaran seperti Hari Membaca, Parenting Day, Sambutan Hari Jadi, Rumah Terbuka Hari Raya, Sambutan Kemerdekaan, Lawatan Sambil Belajar, Perjumpaan bersama Ibubapa, Sukaneka Tahunan, Haji Cilik, Majlis Apresiasi dan banyak lagi.

Tadika

Islamic

English

Pengasas

Pengenalan

Ustaz Mohd Azrul Hafizi bin Akashah atau nama panggilannya Ustaz Azrul iaitu anak kepada pasangan Akashah bin Ismail dan Hayati Abd. Manap telah mengambil keputusan untuk membuka sebuah tadika yang berkonsepkan pendidikan secara islamik.

Ustaz Azrul yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana (Master) dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebelum ini bekerja sebagai seorang PENSYARAH sepenuh masa di sebuah kolej swasta dan separuh masa di UiTM Puncak Alam.

Namun begitu, beliau mengambil keputusan untuk berhenti mengajar secara sepenuh masa di kolej dan mengambil keputusan untuk membuka pusat didikannya sendiri, walaupun masih mempunyai tugasan mengajar di UiTM secara separuh masa.

Tetapi di tadika berbeza, kerana beliau akan berhadapan dengan kanak-kanak yang berusia 3 sehingga 6 tahun berbanding di kolej dan universiti, pelajar-pelajar sekitar umur 18 tahun sehingga 40 tahun. Namun begitu, beliau menyahut cabaran baru ini dan belajar sedikit demi sedikit untuk menghadapi cabaran besar ini.

Berdasarkan pengalaman 20 tahun yang diperolehi daripada kedua-dua ibubapanya Encik Akashah dan Puan Hayati, Ustaz Azrul belajar dan menuntut ilmu daripada kedua ibubapanya terlebih dahulu sebelum membuka tadika ini.

Untuk pengetahuan, pasangan Encik Akashah dan Puan Hayati telah pun mempunyai lebih kurang 7 tadika dan 10 Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA). Tetapi disebabkan faktor usia, kini mereka hanya fokus kepada dua cawangan tadika dan empat Taska sahaja.

Apabila sebuah tadika beroperasi, ia perlu mempunyai asas-asas pendidikan yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajaran.

Selain itu, tadika yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan juga menyebabkan tadika swasta ini perlu bersaing antara satu sama lain.

Selain daripada tadika di bawah kerajaan seperti Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, PASTI dan sebagainya, tadika-tadika swasta perlu ada kelebihan-kelebihan tersendiri.

Teruskan bersama Genius Solihin kerana kami Tadika Sunnah #1 pilihan ibubapa!

Matlamat

Apa Kelebihan Genius Solihin?

Tadika Genius Solihin mempunyai kelebihan-kelebihannya tersendiri. Selari dengan namanya yang bermaksud bijaksana dan soleh, tadika ini mensasarkan semua kanak-kanak yang mendaftar dengan tadika ini mestilah dapat menamatkan pelajaran di tadika dengan sekurang-kurangnya menghafal beberapa surah seperti surah pembuka iaitu Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An Nas dan Surah Al-Kauthar. Manakala adalah satu bonus sekiranya dapat menghafal surah-surah tambahan seperti Surah Al-Kafirun, Surah An-Nasr, Surah Al-Maun dan Ayatul Kursi.

Tambahan pula, doa-doa harian yang tadika wajibkan kanak-kanak untuk menghafal setiap hari. Apa yang lagi menarik, hafalan doa daripada kanak-kanak itu bukanlah yang paling utama, tetapi kanak-kanak mesti mengamalkan doa-doa tersebut tidak kira di tadika ataupun ketika berada di rumah masing-masing.  Antara doa-doa yang mereka perlu hafal adalah doa sebelum dan selepas makan, doa sebelum dan selepas tidur, doa masuk dan keluar tandas, doa keluar rumah, doa menaiki kenderaan, doa sebelum belajar dan doa penerang hati, doa iftitah dan banyak lagi doa-doa mereka perlu hafal.  Ini terbukti ada dalam kalangan ibu bapa yang mengakui, anak-anak mereka membaca doa-doa tertentu di rumah , adakalanya ibu bapa sendiri tidak menghafal doa tersebut. Apa yang lagi menarik, guru-guru di TGS juga menekankan mereka membaca doa bersama-sama dengan maksud doa tersebut. Inilah antara-antara kelebihan anak-anak di TGS.

Adakah anda masih ingat lagi lagu-lagu yang terkenal suatu ketika dahulu? Lagu 25 Nabi juga dalam kepala anak-anak untuk dinyanyikan kepada semua orang, terutamanya ibu bapa mereka.  Ini jauh lebih baik daripada mereka menghafal lagu-lagu yang tidak berfaedah, kerana dengan lagu 25 Nabi ini, secara automatik mereka menghafal 25 nama para Nabi yang wajib kita ketahui kisah mereka.  Pada 2016 juga, guru di TGS mengajarkan lagu doa solat dhuha kepada anak-anak, ada dalam kalangan anak enam tahun yang dengan cepat menghafal doa solat dhuha tersebut.

Adakah hanya dengan menghafal surah dan doa sahaja TGS mendidik anak-anak di tadika? Jawapannya semestinya tidak, selain daripada menumpukan pendidikan ke arah akhirat, TGS juga menekankan formula 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.  Anak -anak wajib mengenal bunyi huruf terlebih dahulu.  Kaedah yang digunakan sejak 20 tahun pengalaman oleh Encik Akashah bin Ismail dan Puan Hayati binti Abd Manap ini, disambung oleh anak mereka.  Ustaz Azrul menggunakan buku Bacalah Anakku untuk anak-anak membaca Bahasa Malaysia dan Read Easy untuk Bahasa Inggeris.  Sistem fonetik ini mengkehendaki anak-anak mengenal bunyi huruf, bukan huruf tersebut, kerana kaedah mengenal huruf sahaja adalah sistem yang diguna pakai pada zaman dahulu.  Sejak kaedah fonetik diperkenalkan, anak-anak boleh membaca seawal lima tahun dan tidak mustahil sekiranya anak-anak focus seratus peratus, mereka boleh membaca seawal empat tahun lagi.  Kaedah ini juga disambung di sekolah-sekolah kebangsaan untuk anak-anak yang masih belum boleh membaca.  Bagi Al- Quran pula, anak-anak diperkenalkan dengan Muqadam Marbawi yang dikarang oleh Ustaz Zuhdi, kerana Muqadam ini mempunyai huruf, sebutan huruf, dan ayat-ayat pendek serta surah-surah pendek yang memerlukan tempoh  yang berbaloi untuk anak-anak mengenal huruf secara tidak langsung boleh membaca Al-Quran.

Selain daripada itu, anak-anak diberi latihan menulis, sehingga mereka menamatkan pengajaran di tadika dengan tulisan yang cantik dan kemas.  Ini diakui oleh ibu bapa mereka sendiri kerana apabila mula mendaftar, anak-anak tidak boleh memegang pensel langsung, tetapi sedikit demi sedikit mereka belajar memegang pensel lalu menulis dengan kemas setelah latih tubi diberikan.  Tidak ketinggalan, mengira dalam sa, puluh dan ratus juga ditekankan kepada semua anak-anak. Tambahan pula, tambah dan tolak sama ada bentuk lazim atau tidak, anak-anak boleh mendapatkan jawapan dengan tempoh yang singkat.  Inilah antara kelebihan-kelebihan TGS yang menekankan pembelajaran serba lengkap.

Setelah habis waktu belajar, ada dalam kalangan anak-anak yang tinggal di tadika sehingga petang kerana tadika menyediakan sistem transit, membolehkan anak-anak tinggal sehingga petang disamping aktiviti-aktiviti yang telah disusun oleh pihak tadika.  Anak-anak yang perlu tinggal sehingga petang juga diberi makan dan tidur yang cukup sebelum mereka perlu mandi dan bersiap sendiri.

Ini juga salah satu pengajaran bagi mereka, anak-anak berdikari dan mendisiplinkan diri mereka, dipantau oleh guru-guru dan pembantu guru.  Selepas itu mereka diberi latihan membaca dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris serta Muqadam pada sebelah petang, ia untuk mengukuhkan lagi ingatan anak-anak, disamping tidak membuang masa mereka di sebelah petang.

Setelah tamat waktu belajar, ada ibubapa yang mengambil mereka di tadika, dan ada juga anak-anak yang dihantar pulang oleh pihak tadika kerana TGS menyediakan kenderaan pulang kepada anak-anak yang memerlukan.  Ini memudahkan bagi ibubapa yang pulang lewat dari tempat kerja.  Anak-anak akan dihantar ke rumah masing-masing lebih kurang pada jam 6:00 petang, bergantung kepada keadaan cuaca dan sebagainya.

Mesej Untuk Semua

Islam Adalah Jalan Hidup Kita

Melalui pelajaran kreatif, hands-on, bersukan dan aktiviti di sekolah yang menarik dan penglibatan sosial, anda akan menyaksikan anak anda berkembang dengan lebih baik dengan kekuatan dan kebolehan semula jadi yang terbaik. Islam bukanlah sesuatu yang diajar di dalam bilik darjah, tetapi ia adalah sesuatu yang secara semulajadi tertanam dalam amalan harian kami di sekolah dari saat mereka tiba, sehingga saat ini mereka berpisah dengan guru dan sahabat mereka.

Galeri

Kenangan Di Abadikan

Pelajar

Orang Guru Mengajar

Kampus

Tahun Beroperasi

Ada Soalan Lain?

Alamat: HQ, 19-2 Jln Dataran Selayang 1, Dataran Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

Telefon: (011) 6377-8232

Email: geniussolihin@yahoo.com

Masa: 7:00am - 6:00pm